tattoos
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Saturday, February 26, 2011


Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, “Wahai iblis terkutuk! Apakah ikhtiarmu ke atas ummatku? Sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.”

Jawab iblis, “Wahai Rasulullah! Demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya”.

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis, “Wahai Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu::

*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.

*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.

Firman Allah kepada iblis :

“Sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, demi kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan mereka terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, kebencian mereka terhadapmu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan…”

Maka, tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat manusia yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. Itulah kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada ummat-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar…

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam.

2. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.

3. Seharusnya kita berbangga menjadi ummat Muhammad kerana dimuliakan oleh Allah s.w.t.4. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

*Source Abang Bercerita.


Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah lalu menyerahkan sehelai kain yang ditenun dan disulamnya sendiri kepada Nabi s.a.w. sebagai tanda cinta dan kasih terhadap Rasulullah. Dengan senang hati, baginda menerima dan memakainya. Pada suatu hari, dengan memakai pakaian yang diberikan wanita tersebut, Nabi s.a.w. keluar menemui para sahabatnya. 

Salah seorang sahabat yang melihat keelokan kain itu lalu berkata : “Wahai Rasulullah! Alangkah cantiknya kain yang engkau pakai itu! Kan elok jika aku dapat memakainya.”

“Baiklah!” jawab Nabi ringkas. 


Setelah Nabi keluar dari majlis, baginda datang kembali ke tempat itu, tetapi tidak lagi memakai kain berkenaan. Rupa-rupanya kain pemberian wanita itu ada berlipat kemas di tangannya, lalu diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

“Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah.


Menyaksikan peristiwa itu, ramai sahabat yang tidak menyenangi lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi oleh Nabi lantas itu dipakainya. Maklumlah, Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang.

“Mengapa kau memintanya?” rungut para sahabat kepada lelaki terbabit. 


“Saya meminta kain itu bukan untuk dipakai, tetapi untuk digunakan sebagai kain kafanku,” ujar lelaki itu. 

Maka para sahabat yang bertanya merasa bersalah lalu menundukkan kepalanya.

*Source Abang Bercerita. 

Friday, February 25, 2011



Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi seorang wanita kafir.Ketika itu baginda beberapa orang sahabet. Wanita itu membawa beberapa bijibuah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya siapa yangmelihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itudimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seula dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat,namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.Rasulullah s.a.w terus makan . Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habissemua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi denganucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah itu,lalu mereka bertanya dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan “Tahukahkamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kalipertama. Kiranyanya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antarakalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbanghatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w, baginda tidak akanmemperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dandari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewamengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w danpara sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjayarancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

*Source Mingguan Perdana.

 

blogger templates | Blogger