|
|---|
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Saturday, February 26, 2011
Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, “Wahai iblis terkutuk! Apakah ikhtiarmu ke atas ummatku? Sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.”
Jawab iblis, “Wahai Rasulullah! Demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya”.
Rasulullah bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”
Jawab iblis, “Wahai Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu::
*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.
*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.
*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.
Firman Allah kepada iblis :
“Sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, demi kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan mereka terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, kebencian mereka terhadapmu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan…”
Maka, tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat manusia yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. Itulah kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada ummat-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar…

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam.
2. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.
3. Seharusnya kita berbangga menjadi ummat Muhammad kerana dimuliakan oleh Allah s.w.t.4. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

*Source Abang Bercerita.
Related articles
- ~ Rhapsody In Diesca - Scene 1 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- -The new GF- intro... (iridescentjinsei.wordpress.com)
- ~ Rhapsody In Diesca - Scene 4 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- F.A.Q on Aqiqah (mykinds.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 4 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- Kepuasan Kerja Karyawan Bank Danamon Simpan Pinjam Unit Panorama Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 14 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Rhapsody In Diesca - Scene 5 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- Tesis : Budaya Kerja Perawat Di Ruang Igd Rsud Dr. M. Yunus Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
- Please, Listen to Me ! (part 3) (ninanino.wordpress.com)
- Motivasi Dan Kinerja Pegawai Bidang Bina Marga: Studi Kasus Pembangunan Jalan Dan Jembatan Pada Dinas Pekerjaan Umum Provinsi Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
Labels: Iblis, Iktibar, Kisah Nabi, Nabi Muhammad S.A.W
Pada suatu hari Junaid Al-Baghdadi menghidap sakit mata. Diapun memanggil tabib untuk merawat sakit matanya itu. Dia dinasihati oleh tabib supaya mengelakkan matanya daripada terkena air demi mempercepatkan menyembuh sakit matanya itu. Bagaimanapun, ketika tabib itu berlalu pergi, Junaid bertekad untuk mangambil wudhu' termasuk membasuh muka, kemudian solat dan tidur. Apa yang anehnya, setelah mengenakan air sembahyang ke mukanya, tiba-tiba sakit matanya sembuh.
Pada saat itu Junaid terdengar satu suara,
“mata Junaid sembuh kerana dia lebih redha kepadaKu. Sekiranya ahli neraka meminta kepadaKu dengan semangat Junaid nescaya aku kabulkan permintaannya".
Keesokan harinya, tabib itu datang untuk menziarahi Junaid, ternyata tabib itu kehairanan setelah melihat mata Junaid sembuh. “Apa yang kau lakukan wahai Junaid”.
“Aku berwudhu' dan air itu mengenai muka dan mataku, lalu aku solat,” ujarnya.
Setelah menyaksikan peristiwa itu, tabib yang beragama Nasrani itupun menganut agama Islam. Itulah penawar daripada Tuhan yang menjadikan penyakit.
Tabib tersebut mengatakan bahawa : “Sebenarnya, Junaid tidak sakit, tapi aku yang sakit, Junaidlah tabibku, kerana telah merawat sakit mata hatiku.
Pengajaran
1. Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati.
2. Allah yang menciptakan penyakit dan Allah jualah yang menciptakan penawarnya.
3. Apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah ikhtiar, doa dan tawakkal untuk sembuh.
4. Sebaik-baik tawakkal adalah yakin terhadap kekuasaan Allah tanpa keraguan walaupun sedikit.
5. Orang yang dikasihi Allah pasti akan diuji samada melalui harta, diri mahupun keluarga.
*Source Abang Bercerita.
Related articles
- ~ Always In My Mind - Scene 13 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 11 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 4 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~Loving U/9th One Shot FF~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 10 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- F.A.Q on Aqiqah (mykinds.wordpress.com)
- -The new GF- Fun~ (iridescentjinsei.wordpress.com)
- Tesis : Budaya Kerja Perawat Di Ruang Igd Rsud Dr. M. Yunus Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
Friday, February 25, 2011
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapisuaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidakmahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kalihendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahuluidengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasamemperolok-olokan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek “Asyik Bismillah, Bismillahsekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepadaAllah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata “Suatu hari nanti akan aku buatkamu kecewa dengan bacaan-bacaan mu itu.”
Untuk membuatkan sesuatu yang memeranjatkan isterinya. Diamemberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata “Simpan duit ini.”
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan ditempat yangselamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan olehisterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebutdan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggilisterinya dan berkata “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkaudahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ketempat dia menyimpan duit itu dandiikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpanduit itu dia membuka dengan membaca
“Bismillahirrahmanirrahiim”
Ketika itu Allah s.w.t menghantar Malaikat Jibrail a.s untukmengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segalaperbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mengerjakanperintah Allah s.w.t dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendakmemulakan sesuatu kerja.
*Source Mingguan Perdana.
Related articles
- ~ Always In My Mind - Scene 3 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- F.A.Q on Aqiqah (mykinds.wordpress.com)
- Tesis : Budaya Kerja Perawat Di Ruang Igd Rsud Dr. M. Yunus Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
- ~Loving U/9th One Shot FF~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Rhapsody In Diesca - Scene 4 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- Motivasi Dan Kinerja Pegawai Bidang Bina Marga: Studi Kasus Pembangunan Jalan Dan Jembatan Pada Dinas Pekerjaan Umum Provinsi Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 10 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- ~ Always In My Mind - Scene 12 ~ (goyunhee.wordpress.com)
- T E S I S: Faktor Yang Mempengaruhi Kinerja Pegawai Dinas Kesehatan Propinsi Bengkulu (lubmazresearch.wordpress.com)
- Happiness (dwimuharaniputri.wordpress.com)
Labels: Ayat-Ayat Al Quran, Iktibar
Subscribe to:
Posts (Atom)